Saturday, February 16, 2008

Thursday, February 14, 2008

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

Yang Dipertua
Pn. Naimah binti Mohamed
No. Telefon
03-40217172

Sejarah Penubuhan
Ditubuhkan pada tahun 1972.

Aktiviti Tahunan
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam semua program dan aktiviti sekolah.

PENCAPAIAN CEMERLANG KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN DAN NEGERI

1. Johan pertandingan 3K peringkat negeri tahun 2002.

2. Mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam pertandingan 3K peringkat kebangsaan.

3. Bertanding dalam pertandingan Sekolah Selamat peringkat kebangsaan tahun 2003.

4. Johan Pusat Sumber Cemerlang kategori luar bandar peringkat kebangsaan tahun 2002.

5. Johan pertandingan program 3K peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2002.

6. 2002 - Naib Johan Bilik BOSS peringkat Zon Keramat.

7. 2004 - Naib Johan Bilik BOSS peringkat Zon Keramat.

8. 2005 - Johan Bilik BOSS peringkat Zon Keramat.

9. 2005 - Naib Johan Bilik BOSS peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

10. 2005 - Johan Makmal Sains & Bengkel Kemahiran Hidup peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

11. 2006 - Tempat ketiga pertandingan Lalu Lintas Shell peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PROGRAM KHAS

1. Kelas Kasih

2. Kelas Disleksia

3. Pra Sekolah

KEMUDAHAN TAMBAHAN

1. Dewan Sekolah

2. Pra Sekolah

3. Pusat Sumber

4. Klinik Pergigian

5. Makmal Komputer

6. Pusat Akses Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

1952 - Mula ditubuhkan dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Inggeris Temerloh yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

1972 - Berpindah ke Air Panas dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Air Panas, mengambil sempena jalan yang menghala ke sekolah. Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Chan Siang Sun pada 15 Julai, 1972.

1984 - Bangunan tambahan Blok C dibina. Pembukaan rasmi Klinik Pergigian Sekolah.

1987 - Perasmian Pusat Sumber Sekolah oleh Dato' Dr. Sulaiman Muhammad (Bapa Angkat Sekolah).

1994 - Pembinaan Tambahan Blok D.

1995 - Tersenarai dalam 10 buah sekolah terbaik UPSR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 1997.

1997 - Ditukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Air Panas.

2001 - Pembinaan Makmal Komputer.

2002 - Pembinaan semula Kantin Sekolah.

2002 - Pembinaan blok bangunan baru (4 tingkat).

FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di sekolah ini berusaha melahirkan individu yang berkualiti, bijak dan berakhlak mulia.