Saturday, February 16, 2008

Thursday, February 14, 2008

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

Yang Dipertua
Pn. Naimah binti Mohamed
No. Telefon
03-40217172

Sejarah Penubuhan
Ditubuhkan pada tahun 1972.

Aktiviti Tahunan
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam semua program dan aktiviti sekolah.

PENCAPAIAN CEMERLANG KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN DAN NEGERI

1. Johan pertandingan 3K peringkat negeri tahun 2002.

2. Mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam pertandingan 3K peringkat kebangsaan.

3. Bertanding dalam pertandingan Sekolah Selamat peringkat kebangsaan tahun 2003.

4. Johan Pusat Sumber Cemerlang kategori luar bandar peringkat kebangsaan tahun 2002.

5. Johan pertandingan program 3K peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2002.

6. 2002 - Naib Johan Bilik BOSS peringkat Zon Keramat.

7. 2004 - Naib Johan Bilik BOSS peringkat Zon Keramat.

8. 2005 - Johan Bilik BOSS peringkat Zon Keramat.

9. 2005 - Naib Johan Bilik BOSS peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

10. 2005 - Johan Makmal Sains & Bengkel Kemahiran Hidup peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

11. 2006 - Tempat ketiga pertandingan Lalu Lintas Shell peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PROGRAM KHAS

1. Kelas Kasih

2. Kelas Disleksia

3. Pra Sekolah

KEMUDAHAN TAMBAHAN

1. Dewan Sekolah

2. Pra Sekolah

3. Pusat Sumber

4. Klinik Pergigian

5. Makmal Komputer

6. Pusat Akses Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

1952 - Mula ditubuhkan dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Inggeris Temerloh yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

1972 - Berpindah ke Air Panas dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Air Panas, mengambil sempena jalan yang menghala ke sekolah. Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Chan Siang Sun pada 15 Julai, 1972.

1984 - Bangunan tambahan Blok C dibina. Pembukaan rasmi Klinik Pergigian Sekolah.

1987 - Perasmian Pusat Sumber Sekolah oleh Dato' Dr. Sulaiman Muhammad (Bapa Angkat Sekolah).

1994 - Pembinaan Tambahan Blok D.

1995 - Tersenarai dalam 10 buah sekolah terbaik UPSR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 1997.

1997 - Ditukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Air Panas.

2001 - Pembinaan Makmal Komputer.

2002 - Pembinaan semula Kantin Sekolah.

2002 - Pembinaan blok bangunan baru (4 tingkat).

FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di sekolah ini berusaha melahirkan individu yang berkualiti, bijak dan berakhlak mulia.

BUDAYA SEKOLAH

Amalan membaca, semangat sepasukan teras kecemerlangan, keceriaan fizikal dan mental amalan kita dan keharmonian perhubungan di kalangan warga sekolah.

PIAGAM PELANGGAN

1. Memastikan pendidikan yang berkualiti selaras dengan perkembangan ICT dan MSC.

2. Menentukan pelajar memiliki akhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sejagat.

3. Memberi layanan yang mesra dan perihatin terhadap masalah pelajar.

4. Memastikan setiap arahan Jabatan dan Kementerian Pelajaran dipatuhi dan dilaksanakan dengan sempurna.

MISI

1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dan sempurna dan seimbang agar menjadi warga negara yang berguna.

2. Menggembleng tenaga guru-guru dan kakitangan sokongan secara optimum untuk mengeluarkan perkhidmatan yang berkualiti supaya wawasan negara dicapai.

3. Mewujudkan sebuah sekolah yang cantik dan menarik di mana budaya dan iklim persekolahannya boleh menjadi inspirasa dan kemegahan masyarakat tempatan.

VISI

Mewujudkan insan yang berkualiti bagi merealisasikan Wawasan Pendidikan Negara.

Wednesday, February 13, 2008

MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN

Tahap 1:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Muzik
Pendidikan Agama Islam
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pendidikan Moral
Pendidikan Seni
Sains
Bahasa Arab
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

Tahap 2:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Kajian Tempatan
Kemahiran Hidup
Matematik
Muzik
Pendidikan Agama Islam
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pendidikan Moral
Pendidikan Seni
Sains

PROFIL SEKOLAH

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Jalan Air Panas
Alamat : Jalan Air Panas, 53200 Setapak, Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-40231405
No. Faks : 03-40243506
E-mail :
skjap2@yahoo.com
Gred Sekolah : A
Sesi Persekolahan : Pagi
Kategori : Sekolah Kerajaan
Guru Besar : Pn. Faridah bt. Ahmad Zuki
Bilangan Staf Akademik :
Bilangan Staf Bukan Akademik :
Enrolmen Pelajar : 1039 orang
Jumlah Kelas : 32 kelas
Purata Saiz Kelas : 40
Kelas Yang Ditawarkan : Tahun 1 hingga Tahun 6, Pra-Sekolah (2004)